Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah

Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah
Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah Sesi 2011-2013

Wednesday, May 21, 2008

15 maksiat yang mengundang bala dari Allah SWT





olih Al Fadhil Ustaz Hj Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada Kuliah Maghrib hari Selasa 20 Mei/14 jamidilawal, Ustaz Farhan telah menekan kan bahawa Iman itu tidak bolih diwarisi, olih itu ajaklah anak-anak tuan-tuan dan puan-puan supaya mengimarahkan surau atau masjid saperti menghadiri majlis-majlis ilmu saperti ini.

Tajuk perbincangan yang dibentangkan olih Al Fadhil Ustaz Farhan adalah saperti sabda Rasulullah SAW iaitu" 15 maksiat jika dilakukan olih umatku maka akan mengundang turun nya bala dari Allah SWT."

Telah diriwayatkan olih Imam Muslim dari Saiyidina Ali Karamallahu wajha (KW) baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud " Bila mana umatku melakukan 15 perkara maksiat maka akan mengundang turunnya bala dari Allah SWT", maka sahabat-sahabat terus bertanya "apakah dia 15 perkara itu ya rasulullah" baginda rasul menjawab
"1.Bila mana harta hasil kekayaan berlegar pada orang-orang tertentu sahaja."
2."Bila amanah itu dijadikan sumber keuntungan peribadi ", bila mana seseorang apabila menjadi pemimpin telah mencabuli amanah rakyat. Contohnya sesuatu budget peruntukan projek rakyat telah hanya di tawarkan kepada kontraktor tertentu sahaja dimana si pemimpin ada kepentingan tanpa memberi peluang kepada yang lain-lain.
3."Dan Zakat itu dijadikan bayaran hutang". Tidak ada persetujuan dari semua mazhab as-sunnah wal jamaah yang menjadikan zakat itu digunakan bagi membayar hutang.
4. "Bila mana si suami mengikut/menurut kata-kata isteri dalam perkara maksiat" dimana suami mendapat saham. Tidak ada ketaatan dalam bab maksiat. Contoh nya apabila si isteri mengajak si suami pergi ke pusat membeli belah dan meminta sisuami membeli pakaian yang terbelah ke peha atau betis. Maka si isteri pun memakai pakaian tersebut bila pergi bekerja. Si suami akan mendapat saham akhirat atau besubahat dalam maksiat bagi setiap langkah yang dibuat olih si isteri dimana auratnya terdedah. Si suami pula hendaklah menjaga hati isteri dalam bab poligami iaitu mendapat izin dengan cara yang baik. Jikalau ia akan membuat keluarga anak isteri purak peranda maka eloklah dielakkan niat berpoligami.
5. "Bila mana anak mula derhaka kepada ibu dan bapa".
6. "Bila mana anak-anak baik sangat dengan kawan-kawan tetapi mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah" Sianak perlulah mengambil hati orang tua. Ziarah lah bila saja kelapangan kerana hati orang tua itu sayu dan sedih bila ditinggal-tinggalkan. Jangan lah biar hati ibu dan ayah itu terguris.
7. "Bila anak menjauhkan diri dari ibu dan ayah"
8. "Bila mana suara ditinggikan didalam surau/masjid" , bila terdapat pertelingkahan pendapat olih fahaman tertentu di rumah Allah SWT.
9. "Bila mana ia jadi ketua bagi suatu kaum dimana akhlaknya adalah yang terendah sekali". Diantara ciri pemimpin yang patut dipilih adalah:
9.1 Beriman dan bertawakkal
9.2 mengamalkan suruhan Allah SWT dan sunnah
9.3 Amanah dan jujur
9.4 Berjiwa rakyat
10. "Bila mana seseorang dimuliakan kerana kejahatan", kita kena beritahu masyarakat jikalau seseorang itu memang jahat.
11. "Bila mana arak diminum dimerata tempat , adalah menjadi peranan persatuan penduduk dan AJK surau/masjid memantau dan mencegah perbuatan mungkar atau maksiat. Jangan dibiarkan ahli Qariah terbabit dengan gejala maksiat.
12. "Bila mana kain sutera banyak dipakai kaum lelaki."Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram dan yang diantaranya itu adalah subahah. Maka jika kandungan sutera 50% dan kapas 50% eloklah dielakkan dari subahah.
13. "Bila mana para artis disanjungi"
14. "Bila muzik banyak dimainkan atau berkumandang diudara." . Islam tidak melarang muzik secara mutlak. Lagu-lagu nasyid berbentuk ketuhanan tidak menjadi masaalah. Tetapi jangan sampai menggalak pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan dan melalaikan ibadah. Lagu-lagu itu jangan sampai memuja makhluk.
15." Bila generasi sekarang melaknat umat terdahulu". Bila mana menolak hadith sohih dan para ulamak mashyur. Tidak ada kompromi dalam bab aqidah tetapi bab feqah memang ada. Seperkara yang perlu diingat adalah makanan yang subahah yang sumbernya ada unsur riba dan haram. Hindarkan lah dari simpanan yang berunsurkan riba.

Ustaz Farhan akan memaklumkan tarikh kuliah berikut nya olih kerana beliau akan berangkat ke negeri Sabah bagi kerja Dakwah dan menguruskan Ma'had Tahfiz di sana.Saf pimpinan surau al-munawwarah mendoakan agar Al Fadhil Ustaz Farhan diberi kekuatan dan perlindungan dari Allah SWT bagi meneruskan kerja-kerja dakwah semoga mendapat keberkatan. Insya Allah. Aameen.

Friday, May 16, 2008

Seruan memakmurkan Masjid-Masjid Allah

مَا كَانَ لِلۡمُشۡرِكِينَ أَن يَعۡمُرُواْ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ شَـٰهِدِينَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِم بِٱلۡكُفۡرِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ وَفِى ٱلنَّارِ هُمۡ خَـٰلِدُونَ (١٧) إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَ‌ۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٨)

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka. (17) Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (18)
Surah At-Tawba Ayat 17-18 (9:17-18)

Sunday, May 11, 2008

Majlis menerima saudara baru keempat-10 hb Mei 2008


Alhamdulillah syukur surau al-munawwarah telah dapat menyempurnakan majlis mengislamkan saudara baru keempat dengan keizinan Allah SWT iaitu saudara Marshal yang berasal dari negeri Sabah. Majlis mengucap dua kalimah syahadah telah dibimbing olih Tn Hj Norazmi Talib. Diantara tarbiyah dari Tn Hj Norazmi adalah " Marshal,selepas ini marshal saperti bayi yang bersih daripada dosa dan tidak saperti kami yang banyak dosa ini dan jikalau ditadkirkan meninggal dunia dalam perjalanan pulang maka marshal akan terus masuk syurga dengan izin Allah SWT." Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan diturunkan taufik dan hidayah olih Allah SWT. Aameen.


Satu majlis membaca yasin & tahlil arwah telah juga diadakan selepas itu bagi dihadiahkan kepada almarhummah ibu mertua Tn Hj Rahim dari D'Kayangan. Saf Pimpinan surau munawwarah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Tn Hj Rahim. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh almarhummah dan ditempatkan disisi orang-orang yang solihah. Aameen.

Monday, May 5, 2008

Hak Kita dengan Allah SWT , Ahad, 4hb Mei 2008



Tajuk: "Hak kita dengan Allah s.w.t."
olih : Al Fadhil Ustaz Hj Hasan Basri





بسم الله الرحمن الرحيم

Diantara nikmat yang dikurniakan olih Allah s.w.t. ialah ruang dan masa. Sebagaimana kita sedia maklum sifat lupa dan alpa sememangnya sifat manusia. Mengikut Abdullah Abu Abas r.a. atau dikenali dengan "Ibnu Abas" . Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud "wahai anakku aku nak ajar kepada kamu beberapa kalimat" riwayat Termizi. (Ibnu Abas telah berkongsi unta dengan Rasulullah s.a.w. semasa perang Badar.)

Kalimat-kalimat tersebut adalah :

A. Hendaklah kamu memelihara Allah s.w.t. nescaya kamu akan dipelihara olih Allah s.w.t.


Hak kita dengan Allah ada tiga perkara

1. Kamu ikut dengan Nabi

"akan datang satu zaman dengan penuh perselisihan maka kalau hendak selamat kamu ambil sunah aku dan ikut khalifah Ar Rashidin"

2. Banyak bertawakkal

3. Banyak bersabar

Adalah menjadi hak Allah untuk menentukan ajal setiap makhluk. Olih itu maksud memelihara Allah s.w.t. adalah mendirikan solat saperti yang dilaungkan dalam setiap azan setiap waktu sembahyang.

  • Khusuk dalam mengerjakan sembahyang
  • mendirikan prinsip-prinsip Allah s.w.t.
  • mengamalkan konsep perpaduan apabila merapatkan dan meluruskan saf
  • menyatukan hati bagi mengkiblatkan kaabah

Islam tidak pernah datang dengan nama bangsa mahupun suku atau daerah. Nabi Muhammad s.a.w. semasa berhijrah tidak pernah menggelar orang makkah sebagai al-makiah tetapi al-hujairi iaitu para penghijrah. Perpaduan hendaklah dipegang dengan tali Allah, Al-Quran dan sunah rasul s.a.w. yang mengajak kepada makruf dan mencegah mungkar.

Allah s.w.t. tidak ada kompromi dalam ibadah solat berbanding ibadat lain saperti puasa,zakat dan lain-lain. Solat itu memelihara dan mengubat hati kita dan menjauhkan faksa kemungkaran.

Dalam Islam tidak ada jalan mudah, kenalah manusia berusaha mempelajari ,memahami dan mengamalkan tuntutan Allah s.w.t. satu persatu saperti apabila Allah mencipta bumi ini dengan cara berperingkat-peringkat.

Mengikut Rasul s.a.w. syarat hendak masuk syurga adalah saperti berikut:

1. Memelihara diantara dua jangkauan iatu mulut dan kemaluan atau nafsu.

a. Mulut

  • Mulut-lah yang menghidupkan roh & jasad iaitu dengan memakan dan berzikir pada Allah s.w.t.
  • Jangan mengata dan mengaibkan orang dikhalayak ramai
  • Jaga mulut dan banyak- lah berzikir
  • Diantara perbuatan bersyukur adalah menyebut dengan mulut iaitu alhamdulillah
  • Bila menimpa musibah hendaklah menyebut Inna lillahi wainna ilahi raajiun

b. Nafsu

  • Ambil barang yang hanya dibenarkan Islam iaitu yang halal
  • Duit tidak bolih beli ilmu,kebahagian,kesihatan. Ia bolih beli rumah tetapi tidak rumahtangga bahagia, begitu juga duit bolih beli tilam tapi tidak tidur.

Selain nya akan disambung pada kuliah seterusnya. Ustaz Hj Hasan Basri telah menghurai tajuk perbincangan dari kitab rujukan Hadith 40.

Sekian. Jazakallah hu Khoiran, Wallah hu wa'lam wabissawab.

Friday, May 2, 2008

Majlis menerima saudara baru-1 hb Mei 2008

..Kuliah Subuh hari Sabtu olih Al Fadhil Ustaz Suhaimi (USJ) dan hari Ahad olih Al Fadhil Ustaz Hasan Basri (Perhebat) ..

Alhamdulillah surau munawwarah dengan izin Allah s.w.t. telah menyempurnakan majlis mengislamkan saudara baru buat kali ketiga dalam masa sebulan dan merupakan muslimat yang pertama selepas selesai mendirikan solat isya' berjemaah yang dikendalikan olih Imam I iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Rozli Abd. Jalil pada malam ini ,1 hb Mei 2008 pada pukul 9:25 malam.

Semoga majlis ini diberkati Allah s.w.t. Aameen.

Pemantapan Ibadah Solat - 30 April 2008




TAJUK: PEMANTAPAN IBADAH SOLAH


Olih Al Fadhil Ustaz Rosli Md Zin

بسم الله الرحمن الرحيم

Diantara kandungan kuliah Ustaz Rosli adalah dirumuskan saperti berikut.

Mengikut sabda rasulullah s.a.w. yang maksudnya " Barangsiapa yang bertambah ilmu namun tidak bertambah hidayah (amal) maka sebenarnya dia bertambah jauh daripada Allah s.w.t."

Olih itu marilah kita sama-sama meningkat kan amalan kita saperti sembahyang sunat muakat, sembahyang tahajjud,puasa sunat,membaca al-quran,bersedekah dan berzikir,menghadiri majlis ilmu dan lain-lain semoga dicucuri rahmat dan diredhai olih Allah s.w.t.

Sabda Rasullulah s.a.w. yang bermaksud " Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang"

Mengikut amalan Mazhab As-Shafie' disunatkan mengangkat tangan dengan betul pada empat (4) tempat ia-itu ketika:

1. takbirratulikram
2. hendak ruku'
3. iktidal dan
4. lepas tashud awal

Sebelum takbirratulikram kita hendaklah berdiri dengan merenggangkan kaki sejauh satu jengkal sahaja. Kita tidak dibenarkan mengangkat tangan ketika turun sujud. Bagi mempelajari ilmu selanjutnya sama-samalah kita menghadiri kuliah seterusnya yang diadakan sebulan sekali.


هذا والله يرعانا ويحفظنا والحمدلله رب العالمين