Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah

Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah
Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah Sesi 2011-2013

Monday, July 28, 2008

Genap satu tahun berkhutbah Jumaat-25 Julai 2008

Assalamu'alaikum wr. wb. ya rahimakumullah.

Pada hari Jumaat 25hb Julai 2008 yang lepas genap lah satu tahun ahli Qariah di Surau Al-Munawwarah di seksyen 13 Shah Alam ini menunaikan solat Jumaat. Marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan nya dapatlah kita meneruskan ibadah bagi kita mengabdikan diri dan bertaqwa kepadanya. Semoga Allah SWT akan mengurniakan lebih keberkatan rezeki sehingga Surau Al-Munawwarah ini akan dapat dimenafaatkan olih seluruh Qariah Insya Allah bagi menegakkan syiar Islam. Marilah kita sama-sama berdoa agar segala yang dirancang bagi memperbesarkan bangunan surau akan tercapai dengan jayanya dengan izin Allah SWT.

Aameen Ya robbal'alamin. Jazakallahu Khoiran