Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah

Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah
Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah Sesi 2011-2013

Monday, December 7, 2009

Majlis Ibadah Qurban 1430H

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah SWT majlis Ibadah Qurban bagi tahun 1430H telah dapat diselesaikan pada jam 10:30 pagi Sabtu 11 Zulhijjah/28 November 2009 hasil kerjasama ahli Qariah setempat . Saf pimpinan Surau Al-munawwarah ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam majlis ibadah Qurban ini, dan yang menyediakan masakan untuk santapan bersama dan juga yang sama-sama membersihkan kawasan dan peralatan. Semoga Allah aza wajalla dapat meredhai amalan murni kita semua dan di cucuri rahmat lah hendaknya. Aameen ya rhobbal 'alamin.

Jazakallahu khoiran.


Tuesday, October 13, 2009

Majlis sambutan Eidil Fitri 1430H








Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin nya maka dapatlah pihak Surau Al Munawwarah menyempurnakan majlis sambutan Eidil Fitri 1430H pada hari Jumaat 20 Syawal bersamaan 9 Oktober 2009

Jawatankuasa surau al-munawwarah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun yang tidak secara langsung didalam melaksanakan program majlis sambutan Eidil fitri 1430H yang berlangsung di premis surau al munawwarah. Kami juga ingin memohon maaf kepada segala kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan majlis tersebut semoga apa yang diusahakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Jazakallahu khoiran katheera


Thursday, September 17, 2009

Saf Pimpinan Surau Al-Munawwarah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid-dil Fitri 1430H , Maaf Zahir & Bathin khusus nya kepada Qariah Taman Tadisma,Jln Polo Air,Jln Bola Sepak, Jln Bola Lisut, Laman Sanur, D'Kayangan,Laman Seri,perumahan Kelab Golf SAAS dan am-nya pada seluruh Musliminawal muslimat. Jazakallahu khoiran kasira.


Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa semoga Allah SWT menerima segala amalan kita semua dengan gandaan pahala disepanjang bulan yang penuh barkah ini.

Jazakallahu khoiran kasira

Saturday, August 8, 2009

Pertandingan Marhaban & Berzanji MBSA 17 Sya'ban 1430H


KUMPULAN MARHABAN AL-MUNAWWARAH


Assalamu'alaikum wr.wb.

Alhamdulillah pihak Surau Al-Munawwarah telah mengambil bahagian dalam pertandingan Marhaban & Berzanji MBSA pada hari Sabtu 8hb Ogos 2009 bersamaan 17 Sya'ban 1430H mewakili MPP Zon 2. Kumpulan kami termasuk ana (moderator) telah di undi sebagai peserta kumpulan yang keempat. Tiap-tiap kumpulan diberi masa selama 20 minit untuk bacaan rawi dan marhaban secara kumpulan. Insya Allah semoga persembahan kami mendapat perhatian para juri dan hakim.

Jazakallahu khoiran kasira.

Terkini: Alhamdulillah kumpulan kami mendapat tempat hanya kelima dari tujuh kumpulan lelaki.Kami akan cuba memperbaiki kelemahan ditahun yang akan datang jika diizinkan Allah SWT.

Friday, June 5, 2009

Lawatan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada 23/1/2009/26 Muharram 1430H

Saf Pimpinan Surau Al-Munawwarah dan Ahli Qariah Seksyen 13,Shah Alam mengalu-alukan kedatangan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah sudi bersama-sama menyempurnakan ibadah solat berjemaah di surau Al-Munawwarah Seksyen 13, Shah Alam pada 23hb Januari 2009 bersamaan 26 Muharram 1430H.

Kami saf pimpinan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Tan Sri dan mengharapkan sokongan sepenuhnya daripada YAB Tan Sri bagi menjayakan cadangan projek pembinaan suaru baru Al-Munawwarah ditapak yang sama.

Semoga Allah SWT memberkati dan mencuri rahmat keatas kita semua. Insya Allah.

Jazakumullahu khoiran kasiran.

From Lawatan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada 23/1/2009/26 Muharram 1430H