Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah

Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah
Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah Sesi 2011-2013

Saturday, June 28, 2008

Sadaqah- Kuliah Maghrib 17 Jun 2008

Olih Al-Fadhil Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz

Sabda Rasul SAW " Bila mati anak Adam itu semua nya terputus melainkan tiga perkara mengiringi nya iaitu : 1. Sadaqah yang di Infaq ke jalan Allah SWT 2. Ilmu yang bermenafaat 3. Anak yang Soleh yang senantiasa mendoakan untuk Ayah & Ibu nya."
Ia itu anak yang di didik dengan Al-Quran maka wariskan lah anak-anak dengan Al-Quran.

Mengikut sebuah kisah Wali Allah SWT iaitu Abu Sufian As-Suri, Dia telah bermimpi pada malam jumaat yang dia lalu di kawasan perkuburan. Dia mulakan dengan memberi salam. Maka salam beliau telah dibalas olih ahli kubur. 99% ahli kubur tersebut bersinar terang benderang di kiri dan kanan. Mereka memegang Al-Quran dan tasbih senantiasa berzikir dan berpakaian serba putih. Manakala ada seorang tua (nenek) yang rupanya hodoh dan pakaian yang cupang caping. Rambut nya pula kusut masai dan berbau busuk. Di tanya kepada nenek tua "kenapa jadi begitu", maka nenek itu menangis lalu menjawab."Setiap malam Jumaat Malaikat rahmat membawa hidangan dari langit kepada orang-orang yang bertasbih dan membaca Quran itu.Semasa aku hidup telah aku meninggalkan 100 dirham dibawah bantal dan berpesan kepada anak nya agar mengagihkan 50 dirham dari bahagian harta itu kepada fakir miskin apabila aku meninggal,namun anaknya tidak berbuat demikian. Kamu tolong carilah anak ku itu yang dahinya bertanda hitam dan suruh beliau mengagihkan 50 dirham pada fakir miskin lalu terbangunlah Abu Sufian. Abu Sufian telah pergi mencari pemuda yang disebut orang tua itu dan akhirnya berjumpa dengan pemuda itu lalu di ceritakan permintaan nenek itu kepada pemuda itu. Pemuda itu telah sedar dengan kesilapan nya lalu memberi 50 dirham pada fakir miskin. Abu Sufian kemudiannya telah bermimpi dan mendapati orang tua itu telah menjadi cerah bersinar-sinar dan berterima kasih kepada beliau.

Pengajaran dari cerita tersebut adalah diingatkan bahawa harta itu tidaklah akan di bawa mati, hanya amalan baik kita yang akan menemani dan membantu kita di alam kubur dan akhirat nanti.

Jazakallah hu Khoiran.

Wallahuwaklam wabissawab.

Mengingati Allah SWT-Kuliah Subuh Ahad 15 Jun 2008

Kuliah Subuh disampaikan olih Al-Fadhil Ustaz Hj Hasan Basri

Menyebut Nama Allah SWT itu dengan berzikir adalah merupakan sadaqah. Mereka yang tidak meminta kapada Aku (berdoa) adalah orang yang sombong ("yastakbirun")

Hadith diriwayatkan olih Abu Said Al-Qudri yang awal masuk Islam ketika umur 13 tahun lagi bermaksud "Tidaklah seorang Muslim itu bila mohon doa kepada Allah SWT selagi mana tidak bawa dosa, tidak memutuskan silaturrahim bahawa pasti Allah SWT menerima doa dari salah satu dari tiga kaedah:

1. Adakala Allah SWT segerakan Doa diperkenankan. Doa yang mustajab tanpa dihijab adalah di Muktazam (antara pintu Kaabah dengan Hajarul Aswad) dan Raudah di Masjid An Nabawi. Cara Rasul SAW berdoa di Muktazam ialah merapatkan pipi dan meletak tapak tangan di didinding Kaabah.

2. Adakala Doa itu Allah SWT simpan sebagai satu pahala di Akhirat. Allah SWT jadikan sebagai ujian didunia. Bagaimana manusia menghadapi cabaran yang di timpa.

3. Adakala Allah SWT tidak memberi di minta tapi Allah SWT beri dalam bentuk yang lain. Yang penting nya jangan lah kamu putus harap atau berputus asa dari apa yang tidak diperkenankan olih Allah SWT dari Doa kamu. Sesungguh nya Allah SWT akan perkenankan Doa kamu dari apa yang dipilih olih Allah SWT kerana Allah SWT lebih tahu apa yang lebih baik untuk setiap manusia. Allah SWT suka mendengar permintaan dari makhluknya atau mendengar suara orang yang berdoa.

Wallahuwaklum wabissawab.

Jazakallah hu Khoiran.

Saturday, June 14, 2008

Lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim Al Munirah Jalan Kebun Klang

Qariah Surau Al-Munawwarah akan menganjurkan lawatan ke rumah anak-anak yatim Al-Munirah Jalan Kebun Klang pimpinan Al-Fadhil Ustaz Tuan Zamani pada hari Sabtu ini, 14hb Jun 2008. Ahli Qariah dijemput bersama-sama menyertai rombongan ini dan menyumbang sadaqah jariah bagi pembangunan rumah dan menyara kos pentadbiran rumah tersebut. Sila pandu kenderaan masing-masing dan berkumpul di Jalan Skuasy(menghadap pencawang TNB) dan bertentangan Surau Al-Munawwarah pada pukul 8:30 pagi. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini Insya Allah. Sila hubungi Tn Hj Abdul Aziz Ishak di hp no: 012-2043230 untuk keterangan lanjut. Shukran jazeelan,Ilallikok Massalamah