
AJK surau munawwarah telah menganjurkan sambutan eid mubarak pada hari Khamis 15hb September 2011 bersamaan 17 Syawal 1432H selepas isya'. Diantara hadirin adalah pelajar tahfiz seksyen 13.

Sebahagian muslimat sedang menikmati jamuan.
Ahli Qariah telah dengan rasminya dapat mendirikan solat fardhu jumaat di Surau Al-Munawwarah ini pada 27 Julai tahun 2007 bersamaan 12 Rejab 1428H. Surat kebenaran Pengarah JAIS Bil.(65) dlm.JAI.SEL.BPM/01/051/Jld.4 bertarikh 12 Julai 2007 adalah dirujuk.