Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah

Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah
Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah Sesi 2011-2013

Tuesday, December 9, 2008

Majlis Ibadah Qurban 1429H pada 8hb Disember 2008










Majlis Ibadah Qurban 1429H

Assalamu'alaikum wr. wb.,

Majlis telah bermula pada pukul 9:45 pagi dengan di iringi hujan rahmat.

Oleh kerana keadaan cuaca hujan maka kesemua peserta Qurban diminta membuat Aqad atau Niat kepada penyembelih iaitu Tuan Haji Badri sebelum acara penyembelihan dijalankan.

Acara pembahagian peserta Qurban ditangguh sebaik sahaja selesai solat zuhur. Walaubagaimanapun ahli Qariah telah sempat juga menyempurnakan solat jenazah sebelum meneruskan acara pembahagian daging Qurban.

Setiap peserta telah dibahagikan 2kg daging & 2kg tulang ditambah dengan isi perut dahulu. Kemudiannya dibahagi kepada ahli Qariah yang Muslim dan tenaga kerja yang terlibat.

Semua Ahli Qariah dan tenaga kerja telah dihidangkan dengan hidangan istimewa yang disediakan khas oleh kumpulan ahli memasak yang dipimpin Yang Bhg Dato' Khalid yang merupakan ahli Qariah juga. Majlis telah berakhir pada pukul 3:00 petang.

Bagi pehak penganjur majlis Ibadah Qurban tahun 1429H dan Saf Pimpinan Surau Al-Munawwarah saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada kumpulan memasak pimpinan YBhg Dato Khalid,Ketua-ketua Lembu terdiri dari Tn Hj Harizan,Tn Hj Anuar,Tuan Omar,En Azman,En Saiful,dan En Shukri, En Nawawi,En Elman,Ustaz Ali,para penyumbang dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kerumitan dan kekurangan. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan yang sebaliknya daripada kami sendiri.

Jazakumullahu khoiran kasiran.

Shukran Jazeelan.

Hj Kamal Hj Ahmad
Pengerusi Penganjur
Majlis Ibadah Qurban 1429H


No comments: