Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah

Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah
Saf Pimpinan Surau Al Munawwarah Sesi 2011-2013

Wednesday, May 21, 2008

15 maksiat yang mengundang bala dari Allah SWT





olih Al Fadhil Ustaz Hj Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada Kuliah Maghrib hari Selasa 20 Mei/14 jamidilawal, Ustaz Farhan telah menekan kan bahawa Iman itu tidak bolih diwarisi, olih itu ajaklah anak-anak tuan-tuan dan puan-puan supaya mengimarahkan surau atau masjid saperti menghadiri majlis-majlis ilmu saperti ini.

Tajuk perbincangan yang dibentangkan olih Al Fadhil Ustaz Farhan adalah saperti sabda Rasulullah SAW iaitu" 15 maksiat jika dilakukan olih umatku maka akan mengundang turun nya bala dari Allah SWT."

Telah diriwayatkan olih Imam Muslim dari Saiyidina Ali Karamallahu wajha (KW) baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud " Bila mana umatku melakukan 15 perkara maksiat maka akan mengundang turunnya bala dari Allah SWT", maka sahabat-sahabat terus bertanya "apakah dia 15 perkara itu ya rasulullah" baginda rasul menjawab
"1.Bila mana harta hasil kekayaan berlegar pada orang-orang tertentu sahaja."
2."Bila amanah itu dijadikan sumber keuntungan peribadi ", bila mana seseorang apabila menjadi pemimpin telah mencabuli amanah rakyat. Contohnya sesuatu budget peruntukan projek rakyat telah hanya di tawarkan kepada kontraktor tertentu sahaja dimana si pemimpin ada kepentingan tanpa memberi peluang kepada yang lain-lain.
3."Dan Zakat itu dijadikan bayaran hutang". Tidak ada persetujuan dari semua mazhab as-sunnah wal jamaah yang menjadikan zakat itu digunakan bagi membayar hutang.
4. "Bila mana si suami mengikut/menurut kata-kata isteri dalam perkara maksiat" dimana suami mendapat saham. Tidak ada ketaatan dalam bab maksiat. Contoh nya apabila si isteri mengajak si suami pergi ke pusat membeli belah dan meminta sisuami membeli pakaian yang terbelah ke peha atau betis. Maka si isteri pun memakai pakaian tersebut bila pergi bekerja. Si suami akan mendapat saham akhirat atau besubahat dalam maksiat bagi setiap langkah yang dibuat olih si isteri dimana auratnya terdedah. Si suami pula hendaklah menjaga hati isteri dalam bab poligami iaitu mendapat izin dengan cara yang baik. Jikalau ia akan membuat keluarga anak isteri purak peranda maka eloklah dielakkan niat berpoligami.
5. "Bila mana anak mula derhaka kepada ibu dan bapa".
6. "Bila mana anak-anak baik sangat dengan kawan-kawan tetapi mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah" Sianak perlulah mengambil hati orang tua. Ziarah lah bila saja kelapangan kerana hati orang tua itu sayu dan sedih bila ditinggal-tinggalkan. Jangan lah biar hati ibu dan ayah itu terguris.
7. "Bila anak menjauhkan diri dari ibu dan ayah"
8. "Bila mana suara ditinggikan didalam surau/masjid" , bila terdapat pertelingkahan pendapat olih fahaman tertentu di rumah Allah SWT.
9. "Bila mana ia jadi ketua bagi suatu kaum dimana akhlaknya adalah yang terendah sekali". Diantara ciri pemimpin yang patut dipilih adalah:
9.1 Beriman dan bertawakkal
9.2 mengamalkan suruhan Allah SWT dan sunnah
9.3 Amanah dan jujur
9.4 Berjiwa rakyat
10. "Bila mana seseorang dimuliakan kerana kejahatan", kita kena beritahu masyarakat jikalau seseorang itu memang jahat.
11. "Bila mana arak diminum dimerata tempat , adalah menjadi peranan persatuan penduduk dan AJK surau/masjid memantau dan mencegah perbuatan mungkar atau maksiat. Jangan dibiarkan ahli Qariah terbabit dengan gejala maksiat.
12. "Bila mana kain sutera banyak dipakai kaum lelaki."Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram dan yang diantaranya itu adalah subahah. Maka jika kandungan sutera 50% dan kapas 50% eloklah dielakkan dari subahah.
13. "Bila mana para artis disanjungi"
14. "Bila muzik banyak dimainkan atau berkumandang diudara." . Islam tidak melarang muzik secara mutlak. Lagu-lagu nasyid berbentuk ketuhanan tidak menjadi masaalah. Tetapi jangan sampai menggalak pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan dan melalaikan ibadah. Lagu-lagu itu jangan sampai memuja makhluk.
15." Bila generasi sekarang melaknat umat terdahulu". Bila mana menolak hadith sohih dan para ulamak mashyur. Tidak ada kompromi dalam bab aqidah tetapi bab feqah memang ada. Seperkara yang perlu diingat adalah makanan yang subahah yang sumbernya ada unsur riba dan haram. Hindarkan lah dari simpanan yang berunsurkan riba.

Ustaz Farhan akan memaklumkan tarikh kuliah berikut nya olih kerana beliau akan berangkat ke negeri Sabah bagi kerja Dakwah dan menguruskan Ma'had Tahfiz di sana.Saf pimpinan surau al-munawwarah mendoakan agar Al Fadhil Ustaz Farhan diberi kekuatan dan perlindungan dari Allah SWT bagi meneruskan kerja-kerja dakwah semoga mendapat keberkatan. Insya Allah. Aameen.

No comments: