Tajuk: "Hak kita dengan Allah s.w.t."
olih : Al Fadhil Ustaz Hj Hasan Basri
بسم الله الرحمن الرحيم
Diantara nikmat yang dikurniakan olih Allah s.w.t. ialah ruang dan masa. Sebagaimana kita sedia maklum sifat lupa dan alpa sememangnya sifat manusia. Mengikut Abdullah Abu Abas r.a. atau dikenali dengan "Ibnu Abas" . Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud "wahai anakku aku nak ajar kepada kamu beberapa kalimat" riwayat Termizi. (Ibnu Abas telah berkongsi unta dengan Rasulullah s.a.w. semasa perang Badar.)
Kalimat-kalimat tersebut adalah :
A. Hendaklah kamu memelihara Allah s.w.t. nescaya kamu akan dipelihara olih Allah s.w.t.
Hak kita dengan Allah ada tiga perkara
1. Kamu ikut dengan Nabi
"akan datang satu zaman dengan penuh perselisihan maka kalau hendak selamat kamu ambil sunah aku dan ikut khalifah Ar Rashidin"
2. Banyak bertawakkal
3. Banyak bersabar
Adalah menjadi hak Allah untuk menentukan ajal setiap makhluk. Olih itu maksud memelihara Allah s.w.t. adalah mendirikan solat saperti yang dilaungkan dalam setiap azan setiap waktu sembahyang.
- Khusuk dalam mengerjakan sembahyang
- mendirikan prinsip-prinsip Allah s.w.t.
- mengamalkan konsep perpaduan apabila merapatkan dan meluruskan saf
- menyatukan hati bagi mengkiblatkan kaabah
Islam tidak pernah datang dengan nama bangsa mahupun suku atau daerah. Nabi Muhammad s.a.w. semasa berhijrah tidak pernah menggelar orang makkah sebagai al-makiah tetapi al-hujairi iaitu para penghijrah. Perpaduan hendaklah dipegang dengan tali Allah, Al-Quran dan sunah rasul s.a.w. yang mengajak kepada makruf dan mencegah mungkar.
Allah s.w.t. tidak ada kompromi dalam ibadah solat berbanding ibadat lain saperti puasa,zakat dan lain-lain. Solat itu memelihara dan mengubat hati kita dan menjauhkan faksa kemungkaran.
Dalam Islam tidak ada jalan mudah, kenalah manusia berusaha mempelajari ,memahami dan mengamalkan tuntutan Allah s.w.t. satu persatu saperti apabila Allah mencipta bumi ini dengan cara berperingkat-peringkat.
Mengikut Rasul s.a.w. syarat hendak masuk syurga adalah saperti berikut:
1. Memelihara diantara dua jangkauan iatu mulut dan kemaluan atau nafsu.
a. Mulut
- Mulut-lah yang menghidupkan roh & jasad iaitu dengan memakan dan berzikir pada Allah s.w.t.
- Jangan mengata dan mengaibkan orang dikhalayak ramai
- Jaga mulut dan banyak- lah berzikir
- Diantara perbuatan bersyukur adalah menyebut dengan mulut iaitu alhamdulillah
- Bila menimpa musibah hendaklah menyebut Inna lillahi wainna ilahi raajiun
b. Nafsu
- Ambil barang yang hanya dibenarkan Islam iaitu yang halal
- Duit tidak bolih beli ilmu,kebahagian,kesihatan. Ia bolih beli rumah tetapi tidak rumahtangga bahagia, begitu juga duit bolih beli tilam tapi tidak tidur.
Selain nya akan disambung pada kuliah seterusnya. Ustaz Hj Hasan Basri telah menghurai tajuk perbincangan dari kitab rujukan Hadith 40.
Sekian. Jazakallah hu Khoiran, Wallah hu wa'lam wabissawab.
No comments:
Post a Comment